Resepi Ayam Goreng Berempah Serai Senang!

Hai Assalamualaikum!
Setelah sekian lama Rinie menyepi, now nak share lagi resepi mudah untuk awak awak semua menjamu selera.. bagi yang tak tahu nak masak apa, jimat masa dan simple jerr meh try masak Ayam Goreng Berempah Serai ni!

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 Ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

  • Bahan2 dikisar bersama:-
          6 ulas bawang putih
          7 ulas bawang merah
          2 inci halia
  • 3 Batang serai (yang besar)
  • 3 Sudu besar cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 Sudu besar serbuk kari daging
  • 1/2 Sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 Sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 Sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 Sudu kecil rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 3 Tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng


Cara menyediakan dan memasak:
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
  5. Selamat mencuba! ;)

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesecuits by rinnie